Thursday, May 21, 2009

SEJARAH PERKEMBANGAN AJARAN SESAT
Sejarah ajaran sesat di Singapura sudah lama berkembang sejak pada awal tahun 1940-an. PERDAUS iaitu sebuah pertubuhan Melayu Islam ketika dahulu telah mampu meneroka perkembangannya. Pada ketika itu timbul keributan mengenai ajaran Qadiani hasil perdebatan hebat antara Allahyarham Tuan Syed Ahmad Dahlan Al-Husaini dengan guru Qadiani Ghulam Husin, di Onan Road.

Peristiwa perdebatan di antara Tuan Syed Ahmad Dahlan Al-Husaini dengan guru Qadiani Ghulam Husin, pada tahun 40-an itu, telah mampu meredakan ribut yang ditimbulkan ajaran Qadiani, terutama di kalangan masyarakat Melayu yang beragama Islam yang tinggal di sekitar Joo Chiat Road, Geylang Serai, Katong dan Telok Kurau. Namun ajaran itu masih wujud sehingga hari ini.

Pada tahun 1950-an, timbullah satu lagi ajaran sesat apabila seorang yang berasal dari Pulau Ambon, Indonesia, mengisytiharkan dirinya sebagai seorang Nabi. Pengisytiharannya sebagai seorang Nabi adalah berlandasan kepada dakwaannya mempunyai salasilah dari keturunan rasul-rasul. Beliau adalah seorang peniaga di Pasar Changi, Geylang.

Pada tahun 1960-an pula, tersebar pula satu lagi ajaran sesat yang dinamakan "Taslim". Kumpulan ini menggelar diri mereka sebagai masyarakan "Ikhwan". Hidup kumpulan ini terpisah dari masyarakat Islam biasa. Guru kumpulan masyarakat "Ikhwan" ini pernah mengaku dirinya sebagai nabi dan rasul. Ajaran kumpulan ini tersebar di kawasan Joo Chiat Road dan mempunyai cawangannya di beberapa kawasan di Singapura.

Dan kemudian, seterusnya telah didapati ada banyak lagi ajaran sesat yang sedan berkembang di beberapa kawasan di Singapura ini, iaitu :- Yang dikenali dengan nama "Ilmu Bungkus" di Kampung Woo Mon Chew Road ( Siglap ), Kampung Tongkang Pecah ( Jalan Kayu ), Kampung Thani ( Bukit timah ), Kampung Telok Kurau dan Kampung Kim ( Bukit Timah ). Ajaran sesat Ilmu Bungkus ini pernah didedahkan oleh Perdaus pada 17hb. September 1965, di kawasan Telok Kurau.

Pada tahun 70-an pula tersebar beberapa ajaran sesat. Antaranya :-

  • Ajaran Agama Sarasakh
    Ajaran Agama Sarasakh ini tidak diketahui dari mana asal-usulnya, tetapi pernah disebarkan secara rahsia di Singapura. Ajaran Agama Sarasakh ini pernah didedahkan oleh Majlis Ugama Islam Singapura melalui kuthbah Jumaatnya pada 9hb. Mei 1976.

  • Ajaran Ilham Nur Muhammad
    Ajaran Ilham Nur Muhammad ini pernah disebarkan oleh seorang guru ajaran sesat di Kampung Paya, pada tahun 1970-an. Ajaran ini pernah disiasat oleh Majlis Ugama Islam Singapura ( MUIS ).

  • Ajaran Mandi Korban
    Ajaran Mandi Korban ini pernah disebarkan oleh seorang guru secara rahsia di kawasan Jurong. Ajaran Mandi Korban ini pernah didedahkan oleh PERDAUS, dalam satu ceramah yang diadakan di Masjid Al-Muttaqin, Ang Mo Kio pada 25hb. April 1981.

  • Tarikat Mufarridiyah
    Ajaran Tarikat Mufarridiyah ini pernah tersebar luas secara terbuka di beberapa kawasan seperti di Nee Soon, Sembawang dan Kampung Tanjong Irau, sekitar tahun 1972. PERDAUS pernah mendedahkan kesesatan dan penyelewengan ajaran Tarikat Mufarridiyah pada 20hb April 1984 di Masjid Penempatan Melayu, Sembawang.
Pada awal tahun 1980 hingga ke tahun 1998, ajaran sesat yang dilaporkan dan dikesan di beberapa kawasan di Singapura ialah sepeti tersebut :-
  1. Ajaran Tarikat Rimau
  2. Ajaran Tarikat dan Mengenali diri
  3. Kumpulan Wirid dalam Selimut
  4. Ajaran Hakikat Sembahyang
  5. Tarikatul - Islam
  6. Ajaran Nikah Batin
  7. Ajaran Ilmu Kebatinan
  8. Ajaran Kamilulkamil
  9. Ajaran Tarikat Kabullani
  10. Ajaran Kitab Kamarulhuda
  11. Ajaran Kitab Kasyfulasrar
  12. Ajaran Tauhid Makrifat
  13. Ajaran Hakikat Insan
  14. Ajaran Martabat 7
Ajaran-ajaran yang tersebut pernah didedahkan oleh PERDAUS pada 27hb Mei 1984 di Masjid Hasanah dan Teban Garden, pada 28hb September 1987 di Masjid Darul Makmur.

KUMPULAN-KUMPULAN AJARAN SESAT YANG LAINNYA
Di bawah ini ada 25 senarai nama-nama Kumpulan Ajaran Sesat yang telah bertapak Di Singapura & Di Malaysia sehing sekarang. Ada diantara nama-nama yang tidak dikenali ramai kerana kurangnya pendedahan kepada masyarakat Islam umum. Inilah yang nabi sebut disalah satu hadisnya yang berbunyi,” Umatku akan berpecah kepada 73 golongan keneraka hanya satu kesurga ia itu yang mengikut Sunnahku dan Sunnah Khurafa’ Rashidin.” Hanya Allah Sahaja Yang Maha Mengetahui.

  1. Rafidhah / Syi'ah
  2. Khawarij
  3. Qadariyyah
  4. Mu'tazilah
  5. Jahmiyyah
  6. Murji-ah
  7. Jabariyyah
  8. Musyabbihah
  9. Falaasifah
  10. Asy'ariyyah dan Maturidiyyah
  11. Tashawwuf
  12. Jama’ah Tabligh
  13. Ikhwanul Muslimin
  14. Hizbut Tahrir
  15. Islam Jama’ah
  16. Jama’atul Muslimin
  17. N.I.I.
  18. Isa Bugis
  19. Inkarus Sunnah
  20. Ahmadiyah
  21. Lembaga Kerasulan
  22. Bid’ahnya ajaran-ajaran bai’at
  23. Jama’ah Arqam
  24. Bid’ahnya ajaran Syahadatain
  25. Islam Liberal
KERATAN AKHBAR & MAJALAH DAN ILUSTRASI & RAJAH MENGENAI AJARAN SESAT

Klik Go - Keratan-Keratan daripada Akhbar dan Majalah.
Klik Go - Amalan Sesat - Zikir dalam Selimut ( cara sembahyang ).
Klik Go - Ilustrasi Pengajaran Sesat - Hakikat Sembahyang dan Buku-Bukunya.
Klik Go - Pecahan Ayat-Ayat Suci Al-Qur'an oleh Pengamal Ajaran Sesat.



PENGERTIAN SIHIR

PENGERTIAN SIHIR
Sihir tergolong dalam kejahatan yang dikehendaki Allah s.w.t. Wujudnya ia di dunia ini sebagai ujian dan cubaan, walaupun tidak diredhaiNya. Allah s.w.t. melarang manusia melakukannya. Definasi ringkas ialah, "Suatu perbuatan yang dilakukan dengan syarat-syarat yang tertentu, dibawah keadaan dan persiapan-persiapan yang aneh dengan cara-cara yang misterius." Terdapat perbezaan yang tipis antara sihir dengan mukjizat. Mukjizat mengubah sesuatu hakikat ( realiti ) dengan percubaan yang betul-betul terjadi, dan mukjizat inilah yang menjadi rahsia masuk Islamnya para penyihir Fir'aun.

PUNCA WUJUDNYA ILMU SIHIR
Sihir telah wujud pada zaman para Nabi. Penggunanya secara berleluasa dapat dilihat pada zaman Nabi Musa a.s. ketika mana Firaun dan pengikutnya telah mencabar kerasulan Nabi Musa a.s. Ketika inilah tukang-tukang sihir telah menggunakan ilmu yang telah dimiliki untuk mencabar mukjizat Nabi Musa a.s.
Memiliki ilmu sihir menyebabkan seseorang itu akan kelihatan hebat dan berani kerana keyakinan individu terhadap keistimewaan ilmu sihir. Kadang-kadang manusia yang mengamalkannya boleh menggunakan untuk tujuan kejahatan seperti mengenakan sihir kepada orang lain atau membalas demdam kepada seseorang individu.

BAGAIMANA AHLI SIHIR MENDEKATKAN DIRI KEPADA JIN
Untuk mendekatkan diri kepada Jin atau Syaitan, para ahli sihir ini ada yang menjadikan Al-Qur'an ( Mushaf ) sebagai alas kaki untuk masuk ke tandas. Ada juga yang menulis sebahagian ayat Al-Qur'an dengan menggunakan kotoran dan najis atau menulisnya dengan darah haid. Ada pula juga yang menulisnya di tapak kaki atau menulis surah Al-Fatihah secara songsang. Menunaikan solat tanpa berwudhuk atau tetap dalam keadaan junub. Menyembelih binatang untuk dipersembahkan kepada jin / syaitan dan menyembelihnya dengan tidak menyebut nama Allah kemudian melemparkannya ke suatu sudut yang telah ditentukan oleh jin / syaitan. Terdapat juga pengamal sihir yang menggauli ibu atau anak perempuannya. Menulis jampi-serapah dengan lafaz yang mengandungi kekafiran.

Dari sini jelaslah bahawa jin / syaitan tidak akan membantu untuk menjadi khadamnya kecuali dengan satu imbalan atau balasan. Semakin besar kekafirannya itu makin besarlah ketaatan jin / syaitan terhadapnya. Jika si ahli sihir tidak mahu melaksanakan kekafiran-kekafiran yang diperintahkan jin / syaitan tersebut maka ia juga tidak akan bersedia menjadi khadamnya. Sesungguhnya bahwa mereka berdua adalah dua sejoli yang bertemu dalam rangka maksiat kepada Allah. Jika diperhatikan pada wajah ahli sihir itu maka akan kelihatan kegelapan disebabkan oleh kekafirannya.

Seseorang yang menjadi ahli sihir akan menjalani kehidupan yang penuh dengan sesengsaraan jiwa. Dia tidak dapat tidur dengan tenang, bahkan senantiasa merasa cemas setiap kali tidur di samping memikirkan syaitan-syaitan itu sering menyakiti anak-anak dan isterinya dan menimbulkan pertengkaran di kalangan mereka.

PERJANJIAN AHLI SIHIR DENGAN JIN
Di bawah ini adalah surat perjanjian yang diperkatakan antara "seorang ahli sihir dengan wakil syaitan" yang bernama Asmodeus dan tulisan yang terdapat di surat itu adalah tulisan manusia, tetapi copnya ialah Cop Jin.
Tetapi sebenarnya Jin tersebut telah mempermainkan manusia. Cop yang tertera di surat ini bukan cop perwakilan Iblis, bahkan juga bukan cop 'Ifrit, jenis Jin yang paling perkasa. Ia merupakan cop milik Jin jahat biasa.

Di bawah ini pula surat perjanjian yang diperkatakan antara "Syaitan dengan O'Ryan Greenfield" seorang ahli sihir dari barat. Sebenarnya surat itu ialah perjanjian otentik antara seorang penyihir dengan empat Jin yang tanda tangan mereka tertera jelas, yang kemudian diperkuat oleh cop 'Ifrit.
RAHSIA DAVID COPPERFIELD
David Copperfield sememangnya mengamalkan ilmu sihir. Sebab itulah beliau boleh melakukan apa saja malah boleh terbang. Sebenarnya David Copperfield sangat terkenal di kalangan para Jin. Dia mempunyai perjanjian dengan salah seorang 'Ifrit. 'Ifrit mempunyai pasukan yang ribuan jumlahnya. Merekalah yang mengangkat Copperfield. Agar dia boleh naik sedikit di udara, diperlukan ribuan jin untuk mengangkatnya.
Dan lagi satu kebolehannya, seorang gadis yang dipotongnya dalam peti itu, adalah jin perempuan yang menampakkan diri dalam wujud seorang gadis manusia. Dia menghilang, kemudian memperlihatkan dirinya kembali tanpa tanda luka sedikit pun. Adalah mungkin Copperfield telah membuat surat perjanjian sama seperti yang diatas. Wallahu a'lam.

( Atrikel di atas mengenai Rahsia David Copperfield telah dipetik dari salah satu dari senarai buku rujukan..... kebenarannya tidak dapat saya pastikan, harap maklum )

CARA AHLI SIHIR MEMANGGIL JIN

  • Cara Pertama : Thariqotul Iqsam
    Bersumpah atas Nama Jin atau Syaitan.
  • Cara Kedua : Thariqatuz Zabhi
    Penyembelihan Binatang.
  • Cara Ketiga : Thariqah Sufliyah
    Melakukan Kenistaan.
  • Cara Keempat : Thariqatun Najasah
    Menulis Ayat-Ayat Al Qur'an dengan Najis.
  • Cara Kelima : Thariqatut Tankis
    Menulis Ayat-Ayat Al Qur'an secara Songsang.
  • Cara Keenam : Thariqatun Tanjim
    Menyembah Binatang.
  • Cara Ketujuh : Thariqatul Kaffi
    Melihat melalui Tapak Tangan.
  • Cara Kelapan : Thariqatul Atsar
    Menggunakan benda Bekas Pakai.

APAKAH ITU JIN

BERIMAN KEPADA YANG GHAIB
Beriman kepada yang ghaib adalah termasuk salah satu asas dari akidah Islam, bahkan ianya merupakan sifat yang pertama dan utama yang dimiliki oleh Allah S.W.T. Justeru itu, bagi setiap orang Muslim, mereka wajib beriman kepada yang ghaib, tanpa sedikitpun ada rasa ragu. Dalam perkara ini Ibn Mas'ud mengatakan: Yang dimaksudkan dengan yang ghaib itu ialah segala apa saja yang ghaib dari kita dan perkara itu diberitahukan oleh Allah dan Rasul-Nya. Begitu juga jin. Jin termasuk makhluk ghaib yang wajib kita imani, kerana banyak ayat-ayat Al-Qur'an dan Hadis Nabi yang menerangkan tentang wujudnya.

Walaupun jin itu tidak dapat dilihat, maka bukanlah bererti ia tidak ada. Sebab berapa banyaknya sesuatu yang tidak dapat kita lihat di dunia ini, akan tetapi benda itu ada. Angin misalnya, kita tidak dapat melihatnya, tetapi hembusannya dapat kita rasakan. Begitu juga roh yang merupakan hakikat dari kehidupan kita, kita tidak dapat melihatnya serta tidak dapat mengetahui tentang hakikatnya akan tetapi kita tetap meyakini wujudnya.

APAKAH ITU JIN?
Jin adalah nama jenis, bentuk tunggalnya adalah Jiniy ( dalam bahasa arab dahulu kala, dan Genie"Jin itu ada tiga jenis iaitu : Jenis yang mempunyai sayap dan terbang di udara, Jenis ular dan jengking dan Jenis yang menetap dan berpindah-pindah." dalam bahasa Inggeris ) yang ertinya "yang tersembunyi" atau "yang tertutup" atau "yang tak terlihat". Hal itulah yang memungkinkan kita mengaitkannya dengan sifat yang umum "alam tersembunyi", sekalipun akidah Islam memaksudkannya dengan makhluk-makhluk berakal, berkehendak, sedar dan punya kewajipan, berjasad halus and hidup bersama-sama kita di bumi ini. Dalam sebuah hadith dari Abu Tha'labah yang bermaksud :

AWAL PENCIPTAAN JIN
Allah S.W.T. menciptakan jin sebelum menciptakan manusia, dengan selisih waktu yang lama bila dikiaskan pada manusia mahupun jin sendiri. Allah S.W.T. berfirman ( maksudnya ) : "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari tanah liat kering ( yang berasal ) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan Kami telah menciptakan jin, sebelum itu dari api yang sangat panas. ( Surah Al-Hijr: 26-27 ).

BAGAIMANA JIN DAN SYAITAN HIDUP
Jin adalah makhluk yang sangat banyak sekali penduduknya, boleh dikatakan sama bilangan penduduk bumi sebanyak 5 bilion. Jarang ada suatu tempat di bumi ini yang tidak diduduki oleh jin, baik di daratan, lautan mahupun udara. Dunia mereka seperti dunia kita : Ada negara, kerajaan, berbagai bangsa & kabilah, penguasa dan rakyat jerata. Agama mereka pun tidak berbeza dengan agama manusia. Diantara mereka, alhamdulillah, ada yang Muslim dan memperoleh hidayah dari Allah S.W.T. Yang lain, beragama Masehi, Hindu, Buddha, penyembah berhala dan penganut ajaran komunis.

TEMPAT TINGGAL JIN
Makhluk jin lebih mengutamakan untuk tinggal di tempat-tempat yang sunyi dan sepi dari manusia seperti di padang pasir. Ada yang tinggal di tempat-tempat kotor seperti di tempat pembuangan sampah kerana mereka memakan makanan lebihan manusia.
Ada juga mereka yang tinggal bersama manusia iaitu di dalam rumah. Abu Bakar bin Ubaid meriwayatkan: "Pada setiap rumah kaum muslimin ada jin Islam yang tinggal di atapnya, setiap kali makanan diletakkan, maka mereka turun dan makan bersama penghuni rumah."

Jin juga menjadikan tandas sebagai tempat tinggalnya. Rasullullah s.a.w. telah bersabda: "Sesungguhnya pada tiap-tiap tempat pembuangan kotoran ada didatangi jin, kerana itu bila salah seorang kamu datang ke tandas maka hendaklah ia mengucapkan doa: " Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadamu dari jin lelaki dan perempuan" (HR. Abu Dawud)

Jin juga sangat suka tinggal di lubang-lubang. Oleh kerana itu dalam sebuah hadis dijelaskan yang maksudnya: "Janganlah kamu kencing dilubang."
(HR. An-Nas'i)

KERAJAAN IBLIS
Iblis mempunyai kerajaan yang sangat besar. Ada menteri-menteri, pemerintahan dan pejabat-pejabat. Iblis juga mempunyai wakil-wakil, lima di antaranya wajib diwaspadai :

  • Yang pertama, menurut kalangan Jin, bernama Tsabar. Dia selalu mendatangi orang yang sedang kesusahan atau ditimpa musibah, baik kematian isteri, anak ataupun kaum kerabat. Kemudian dia melancarkan bisikannya dan menyatakan permusuhannya kepada Allah. Diucapkannya, melalui mulut orang yang ditimpa musibah itu, keluh-kesah and caci-maki terhadap ketentuan Allah atas dirinya.

  • Yang kedua, namanya ialah Dasim. Syaitan inilah yang selalu berusaha dengan sekuat tenaganya untuk mencerai-beraikan ikatan perkahwinan, membuat rasa benci antara satu sama lain di kalangan suami-isteri, sehingga menjadi penceraian. Dia adalah anak kesayangan Iblis di wilayah kerajaannya yang sangat besar.

  • Yang ketiga, namanya ialah Al-A'war. Dia dan seluruh penghuni kerajaannya, adalah pakar-pakar dalam urusan mempermudah terjadinya perzinaan. Anak-anaknya menghiaskan indah bahagian bawah tubuh kaum wanita ketika mereka keluar rumah, khususnya kaum wanita masa kini, betul-betul menggembirakan Iblis di kerajaan yang besar. Segala persoalan yang menyangkut keruntuhan moral dan perzinahan berurusan dengan pejabat besar mereka.

  • Yang keempat, namanya ialah Maswath, pakar dalam menciptakan kebohongan-kebohongan besar mahupun kecil. Bahkan kejahatan yang dia dan anak-anaknya lakukan sampai pada tingkat dia memperlihatkan diri dalam bentuk seseorang yang duduk dalam suatu pertemuan yang disenggarakan oleh manusia, lalu menyebarkan kebohongan yang pada gilirannya disebarkan pula oleh manusia.

  • Yang kelima, namanya ialah Zalnabur. Syaitan yang satu ini berkeliaran di pasar-pasar di seluruh penjuru dunia. Merekalah yang menyebabkan pertengkaran, caci-maki, perselisihan dan bunuh-membunuh sesama manusia.

Untuk menghindarinya hendaklah mengucapkan :


Aku berlindung kepada Allah dari gangguan syaitan, ( ** Sebutkan namanya : Tsarbar / Dasim / Al-A'war / Maswath / Zalnabur ) yang terkutuk, serta pengikut-pengikut dan anak-anaknya.

Menurut buku Asy-Syibli meriwayatkan sebuah riwayat dari Zaid bin Mujahid yang mengatakan bahawa, "Iblis mempunyai lima anak, yang masing-masing diserahkan urusan-urusan tertentu. Kemudian dia memberi nama masing-masing anaknya : Tsabar, Dasim, Al-A'war, Maswath dan Zalnabur."


ADAKAH JIN BOLEH DILIHAT

JIN


Tahukah anda selain manusia, alam ini juga dihuni oleh makhluk ghaib yang bernama JIN. Alam kedua-dua makhluk ini letaknya sangat berdekatan bahkan boleh dikatakan letaknya saling bertindih (cuma dimensinya sahaja yang berbeza). Dan antaranya ikut hidup berkeliaran dengan manusia di rumah-rumahnya (ada yang menyerupai kucing dan lain-lain haiwan peliharaan).

Sesuatu tempat itu mungkin tempat kediaman JIN ataupun mungkin perkampungannya. Sebab itu bila berada di tempat yang kita belum kenal keadaannya janganlah bertindak sebarangan, takut nanti perlakuan kita itu mengganggu ketenteraman JIN dan menjadikan ia marah (walaupun dengan tidak sengaja).

Kebanyakan manusia walaupun percaya adanya makhluk ini disekelilingnya tetapi kerana tidak nampak, maka mereka mudah terkena tipuan dan godaannya. Dengan ini patutlah kita sedari bahawa syaitan itu selalu mengintip-ngintipkan manusia bagi membencanakan anak-anak Adam.

Menurut kejadiannya, JIN ini merupakan makhluk yang perkasa dan boleh menunduk atau mengalahkan manusia. Namun mereka tidak mempunyai ruang untuk menyambar manusia kerana Allah s.w.t. menjadikan bagi manusia (yang sentiasa mengingati Allah) malaikat-malaikat penjaga yang lebih gagah daripada JIN. Dan dengan ini manusia dapat mengalahkan JIN dengan mudah. Kiranya tiadalah pemeliharaan Allah kepada manusia, nescaya binasa dan musnah mereka semuanya.

Sesungguhnya tubuh JIN dan manusia itu terbina daripada bahan-bahan yang boleh musnah, maka terjadinya kematian dan kemusnahan itu sama-sama dialami oleh dua makhluk ini.

Seringkali Terdapat Pameran JIN/Hantu Dan Anda Tidak Tahu Apakah Betul Atau Tidak Kewujudan Makhluk Tersebut. Anda Terus Melihatnya Dan Tidak Tahu Asal Usulnya. Anda Sanggup Beratur Berjam-Jam Untuk Melihatnya. Anda Cukup Ghairah & Teruja Untuk Mengetahuinya.

Tapi Tidak Cukup Dengan Hanya Melihatnya. Anda Pasti Tertanya-Tanya Macam Mana Kewujudannya, Keluarganya, Kehidupannya, Apa Yang Dimakannya, Ketuanya Serta Bermacam-Macam Persoalan Yang Bermain Di Fikiran Anda Yang Sehingga Kini Masih Belum Terjawab .


Adakah JIN Itu Beranak Pinak Seperti Manusia?

Manusia memerlukan masa mengandung selama sembilan bulan untuk melahirkan zuriat dan anak manusia juga memerlukan masa yang lama untuk

matang dan menjadi baligh.

Berbeza dengan JIN dimana, apabila di sentuh alat kelamin lelaki dengan alat kelamin perempuan, maka JIN perempuan akan terus mengandung dan beranak dan anak JIN yang baru lahir itu terus mukallaf. Begitulah keadaannya

sehingga ke hari kiamat.

Iblis pula apabila menyentuh paha kanan dengan paha kiri akan mengeluarkan 33 biji telor. Dalam setiap biji telor itu ada 33 pasang benihnya. Tiap-tiap pasang benih itu apabila menyentuh paha kanan dengan paha kiri akan keluar seperti yang terdahulu. Begitulah proses pembiakan JIN dan Iblis sehinggalah ke hari kiamat.

Bunian atau lebih masyhur di kalangan orang-orang Melayu dengan panggilan orang Ghaib pula ialah hasil campuran lelaki atau perempuan JIN dengan lelaki atau perempuan dari kalangan manusia. Anak yang terhasil daripada percampuran itu dikenali dengan nama Bunian. Perangai dan tingkah laku serta rupa bentuknya orang Bunian ini dalam beberapa perkara mengikut manusia dan dalam beberapa perkara pula mengikut JIN.

Jika asal usul datuk manusia ialah Nabi Adam, maka asal usul datuk JIN pula ialah

" Jaan " yang asalnya adalah beriman kepada Allah dan melahirkan keturunan yang beriman. Selepas itu terdapat pula dari keturunan Jaan yang kufur dan melahirkan pula keturunan yang kufur. Anak cucu Jaan yang asal beriman itu ada yang kekal dalam iman dan ada pula yang kufur dan ada pula yang

kembali beriman kepada Allah.

Adakah JIN Mempunyai Rupa?

Bolehkah Manusia Melihat JIN?

Manusia tidak boleh melihat JIN dalam kewujudannya yang asli, kerana Allah s.w.t. telah memperkenankan permohonan Bapak JIN(ketika mula diciptakan) agar ia dapat melihat tetapi ia sendiri tidak dapat dilihat. (JIN pula tidak boleh melihat malaikat kerana malaikat diciptakan dari cahaya di mana lebih hebat dari JIN).

Firman Allah (bermaksud): “Sesungguhnya dia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari semua tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka.” - (Surah Al-A’raaf: 27).

Maka barang siapa yang mendakwa dia telah melihat JIN/ Syaitan (dalam keadaan rupa sebenar) maka dia telah berdusta, kecuali dia memang seorang nabi. Sebab bagi para nabi melihat jin adalah suatu mukjizat (merupakan bukti kenabian).

Al-Qusyairi menyatakan, “Allah s.w.t sudah menetapkan (mengikut hukum alam) bahawa anak cucu Adam tidak akan dapat melihat syaitan di dunia.”

Dalam buku ‘Aqidah Islam’, Prof. Sayyid Sabiq menulis, JIN atau syaitan itu secara aslinya tidak dapat dilihat oleh mata (zahir). Tidak diketahui bagaimana bentuknya tetapi mereka mempunyai kuasa menjelma diri dalam bentuk lain, menyerupai sahabat terdekat, kekasih atau suami seorang wanita dan haiwan.

Dalam hal ini (lebih-lebih lagi untuk waktu yang lama) adalah sesuatu yang sulit dilakukan oleh JIN mahupun syaitan. Ia memerlukan kondisi-kondisi jasmaniah dan psikologi yang membantu dan terjadinya pula pada waktu-waktu tertentu sejalan dengan kebolehan jin atau syaitan itu.

JIN dan syaitan sebenarnya menderita kesakitan sewaktu menukar jasadnya ke dalam bentuk asal. Ia memerlukan masa yang lama dan proses pertukaran ini mengalami penderitaan yang teruk.

Di samping itu ia juga takut akan perkara-perkara yang boleh mengakibatkan risiko (kerana ia pun takut akan manusia) sama ada tertangkap atau mati dibunuh. Bila tertangkap dan dibaca kepadanya Ayat Kursi, nescaya akan menggeletar sehingga boleh mengalami stress berat dan akhirnya mati. Kalau tidak pun ia akan lemah-lunglai dan menjadi tidak bermaya.

Tahukah ANDA?

Mereka yang dapat melihat JIN/syaitan dalam bentuk penyemarannya dikatakan mata hitamnya (manusia) seperti berbentuk PIRAMID.

Bagi memastikan sama ada manusia sebenar atau makhluk halus yang menjelma sebagai manusia, maka ambil segenggam tanah dan gosokkan di lengannya. Kalau ia manusia sebenar maka tanah yang digosokkan tadi akan melekat dikulitnya.


Buer adalah Presiden Syaitan. Ia dipanggil oleh Tukang Sihir

bila mereka mahu belajar falsafah serta logik atau mahu mengubati penyakit dengan menggunakan Herba Ajaib. Tetapi ia hanya boleh

dipanggil di waktu tertentu sahaja dan akan menjelma dalam bentuk

‘TAPAK SULAIMAN’ atau "Singa Berkaki Lima"


Petikan Dari Buku "Jelajahi Alam JIN"

Terlalu Banyak Cerita Pasal JIN/Syaitan. Padahal Adakah Ianya Benar Ataupun Tidak. Kadang-Kadang Kita Agak Kecewa Kerana Cerita-Cerita Yang Tidak Langsung Berlandaskan Kepada Akidah Sering Disajikan.



APA ITU FATWA ? JAWATANKUASA FATWA

Apa itu Keputusan fatwa & Fatwa?

KEPUTUSAN FATWA

Dari segi Bahasa
memberi jawapan/penjelasan bagi sesuatu masalah agama

Dari Segi Istilah
Penjelasan mengenai hukum syarak oleh Mufti bagi sesuatu masalah agama berdasarkan dalil syarak sebagai jawapan kepada sesiapa yang bertanya, baik secara sendirian atau berkumpulan.


FATWA
Fatwa ialah keputusan fatwa yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Mufti dan telah diwartakan oleh kerajaan negeri bagi proses penguatkuasaan undang-undang.


PROSES MENGELUARKAN KEPUTUSAN

Proses mengeluarkan jawapan dilakukan secara berjemaah samada di peringkat negeri ataupun di peringkat kebangsaan.

SYARIAT FATWA DALAM ISLAM

Islam mensyariatkan umatnya bertanya kepada orang yang berilmu sekiranya mereka mendapati sesuatu masalah itu tidak jelas hukumnya.

SKOP Fatwa

Isu atau maalah yang timbul dalam msayarakat dan belum jelas hukum mengenainya.
Pendapat yang berbeza antara ulama yang memerluan pemilihan(tarjih)
Isu-isu yang telah difatwakan di negar-negara lain yang perlu isesiakan mengikut keadaan setempat.
Isu-isu yang bersifat global dan berkaitan dengan kepentingan umat Islam.

FATWA DI MALAYSIA
Fatwa adalah satu unsur penting dalam kehidupan masyarakat Islam. Kemajuan Sains dan Teknologi yang dinamik di Malaysia telah menimbulkan beberapa persoalan baru yang memerlukan huraian menerusi fatwa.

Jabatan Mufti negeri-negeri di seluruh Malaysia memainkan peranan penting bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) bagi mengeluarkan sesuatu fatwa. Sebagai sekretariat, Jabatan Mufti dan JAKIM mengadakan persidangan dan muzakarah semasa bagi membincangkan sesuatu isu dan perkara yang belum diputuskan.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam.

Jawatankuasa ini akan mengundang pihak tertentu mengikut bidangnya yang boleh membantu bagi membincang dalam usaha menyelesaikan sesuatu permasalahan.

Beberapa asatizah dan cendekiawan yang berpengalaman juga merupakan ahli di dalam jawatankuasa ini bagi tujuan memperluaskan perbincangan dan sebagai usaha menjadikan mereka pelapis di masa hadapan.

Jawatankuasa Fatwa di Malaysia 2008

A. Peringkat Kebangsaan
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam.

Pengerusi Y. Bhg. Prof. Dato' Dr. Abd. Syukor Bin Hussin
Setiausaha

Y. Bhg. Dato' Haji Wan Mohamad Bin Dato' Sheikh Abdul Aziz

Ketua Pengarah JAKIM

Ahli-Ahli Mufti-Mufti Seluruh Malaysia
Ahli-Ahli Dilantik

Y. Bhg. Tan Sri Sheikh Ghazali Bin Haji Abdul Rahman

Y. Bhg. Prof. Zakaria Setapa

Y. Bhg. Dr. Abdul Hayei Bin Abdul Sukor

Y. Bhg. Prof. Dr. Hj. Abdul Samat Bin Musa

Y. Bhg. Prof. Madya Datin Dr. Paizah Binti Haji Ismail

Y. Bhg. Meor Hashimi Bin Abdul Hamid

Urusetia Bahagian Pengurusan Fatwa dan Pembangunan Ijtihad JAKIM

B. Peringkat Negeri
1 Perlis Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis
2 Kedah Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah
3 Pulau Pinang Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang.
4 Perak Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak
5 Selangor Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor
6 Wilayah Persekutuan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syara' Wilayah Persekutuan
7 Kelantan Jemaah Ulama' Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
8 Terengganu Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu
9 Pahang Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang
10 Negeri Sembilan Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan.
11 Melaka Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka
12 Johor Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor
13 Sabah Majlis Fatwa Negeri Sabah
14 Sarawak Ahli-Ahli Lembaga Fatwa Negeri Sarawak

C. Mufti Negeri-Negeri
1 Perlis Y.Bhg. S.S. Dr. Juanda Bin Jaya
2 Kedah Y.Bhg. S.S. Dato' Paduka Sheikh Hasbullah Bin Haji Abd. Halim
3 Pulau Pinang Y.Bhg. S.S. Dato' Hj. Hassan Bin Ahmad
4 Perak Y.B. S.S. Dato' Seri Haji Harussani Bin Haji Zakaria
5 Selangor Y.Bhg. S.S. Dato' Setia Haji Mohd. Tamyes Bin Abd. Wahid
6 Wilayah Persekutuan Y.Bhg. S.S. Dato' Haji Wan Zahidi Bin Wan Teh
7 Kelantan Y.B. S.S. Dato' Haji Mohamad Shukri Bin Mohamad
8 Terengganu Y.Bhg. S.S. Ustaz Alias Bin Abdullah
9 Pahang Y.Bhg. S.S. Dato' Hj. Abd. Rahman Bin Hj. Osman
10 Negeri Sembilan Y.Bhg. S.S. Dato' Haji Mohd. Yusof Bin Haji Ahmad
11 Melaka Y.Bhg. S.S. Dato' Hj. Rashid Redza Bin Hj. Md. Saleh
12 Johor Y.B. S.S. Dato' Hj. Mohd. Tahrir Bin Dato' Hj. Shamsudin
13 Sabah Y.Bhg. S.S. Datu Haji Ahmad Alawi Bin Haji Adnan
14 Sarawak Y.Bhg. S.S. Datu' Haji Loling Othman Bin Haji Alwi






PENULISAN ASTRO JABAT

Kategori : Akidah
Tajuk :
Fatwa Mengenai Penulisan Astora Jabat(berkenaan Azab Kubur)
Isu :
Fatwa yang dinyatakan dalam Jadual telah dibuat oleh Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan,menurut Subseksen 34(1)Enekmen Pentadbiran Agama Islam 1992(En.Bil 2 Tahun 1992),selepas dibincangkan dengan Jawatankuasa Syariah Negeri Perak Darul Ridzuan menurut subseksyen 37(4)Enekmen itu pada 23 Syawal 1424 bersamaan dengan 17 Desember 2003,dan adalah disiarkan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan menurut Subseksen 34(2)Enekmen itu.
Fatwa :

Bahawa menolak kepercayaan azab kubur setelah wujud keterangan dari Al-Quran dan Al-Hadith serta Ijma' Ulama adalah terkeluar daripada ajaran Islam yang sebenar dan oleh itu orang Islam adalah dilarang mengamalkan ajaran itu.

Rujukan Pewartaan : No:1083 Jld:57 Bil 1

Tarikh Pewartaan :
29 Julai 2004

PENGERTIAN AHLI AL-SUNNAH WAL JAMAAH

Kategori : Akidah
Tajuk :
Apakah Pengertian Ahli Al-sunnah Wal Jamaah?
Isu :

Fatwa :

Pengertian Sunnah ialah Sunnah Rasulullah s.a.w., pengertian Jemaah ialah kumpulan Sahabat dan Tabien yang bersepakat di atas kebenaran yang nyata dari Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

Pengertian Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah kumpulan orang Islam yang berpegang kepada al-Quran, al-Sunnah dan pendapat para Sahabat yang bersepakat di atas kebenaran yang nyata dari Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

Mazhab-mazhab Fekah ialah aliran hukum Syarak yang sah didasarkan di atas tafsiran tertentu terhadap nas-nas Syarak oleh ulama Mujtahidin mengikut kaedah Istinbat yang muktabar. Majlis tidak terikat kepada mana-mana satu mazhab tertentu. Di dalam Mazhab mana pun yang jelas dan nyata pendapat mereka itu dari kitab Allah atau Sunnah Rasulnya atau Jemaah Sahabat Rasulullah s.a.w. maka Majlis sedia menerima dan beramal dengannya. Adapun Mazhab-mazhab ssperti Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali pada pandangan rasmi Majlis adalah terhitung di dalam Mazhab-mazhab yang muktabar yang tergolong di dalam istilah Ahli Sunnah Wal Jemaah. Majlis Agama Islam Perlis memang berpandukan kepada Mazhab itu dan mengambil pendapat-pendapat mereka yang ada alasan daripada Al-Quran, As-Sunnah dan Jemaah Sahabat Rasulullah s.a.w. Pengertian ini berdasarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah.
RUJUKKAN :JAKIM