Thursday, May 21, 2009

HUKUM BERSALAM LELAKI DAN PEREMPUAN

HUKUM BERSALAM LELAKI DAN PEREMPUAN

Secara umum terdapat 2 pendapat
Cuba rujuk (alQardhawi, Prof.; Fatawa Mu'asirat)

Prof Qardhawi telah mengeluarkan fatwa berkaitan bab bersalaman
dengan wanita (Fatawa Mu'asirat): Berikut adalah fatwa dan
penjelasannya secara ringkas.
1.Harus berjabat tangan ketika tidak disertai dengan syahwah, rasa
kenikmatan atau rasa teransang. Ia juga mesti aman daripada fitnah.
Jika disertai dengan syahwah dan teransang gelora seks, maka haram
hukumnya walaupun dengan mahram (ipar duai, mertua, anak saudara dan
lain-lain) atau lelaki remaja yang belum tumbuh janggut)
2.Berjabat tangan hendaklah pada tempat yang perlu sahaja,
contohnya: suasana hari raya, ramai sahabat handai, saudara mara
yang datang yang kebanyakannya adalah saudaramara samaada melalui
nasab atau perkahwinan.
3. Ia pada kadar yang tidak keterlaluan dan berlebihan sebagai
langkah berjaga-jaga kerana RasuluLlah saw tidak pernah berjabat
salam dengan wanita bukan mahram.
4.Lelaki beriman yang menjaga agamanya seharusnya tidak memulakan
salam (kepada wanita). Ia bersalaman bila pihak wanita yang
memulakan dahulu.
5.Hukum bersalaman dengan wanita ini terhad dan khusus bagi siapa
yang memerlukan sahaja.
Perbahasan dalam bab ini sungguh panjang, maka Qardhawi telah
merumuskan untuk kita.
Rujukan lanjut: alQardhawi, Prof.; Fatawa Mu'asirat (Fatwa-fatwa
Semasa).bab wanita dan kekeluargaan

Secara umum terdapat 2 pendapat. Yang pertama dipegang oleh
kebanyakan ulama yg lepas dan sekarang yakni tidak dibenarkan. Yang
kedua pendapat ulama kontemporari yakni adalah lebih baik untuk
tidak bersalam tangan dengan org yg halal kita kahwini, namun
sekiranya seseorang itu boleh menyebabkan jatuh maruah sesseorang
itu, maka itu dibenarkan. Di sini ingin dijelaskan bahawa Islam
telah menutup segala pintu yg boleh membawa kepada hubungan yg haram
antara lelaki dan perempuan.

Bersalam dengan perempuan bukanlah cara yg betul ketika bertemu dgn
perempuan dalam Islam. Para Ulama bersepakat mengatakan bersalam
dengan perempuan bukanlah cara yang betul. Biarlah seluruh manusia
di muka bumi ini tahu bahawa ia merupakan salah satu dr protokol
Islam, kemudian barulah dia menahan diri dari menghulurkan tangan
kepada kaum wanita. Al-Quran telahpun memberitahu kita agar jangan
melihat kaum yg lain dengan nafsu. Dan kita juga tahu, bersalaman
dengan kaum yg lain adalah lebih merbahaya dari itu. Oleh kerana
tidak terdapat satu hadis pon mengatakan ia haram, para ulama
membuat keputusan bahwa ia menghampiri hukum haram yakni makrooh.

Di dalam fatwa an-Nadthar wal-Khulwah wal-Ikhtilaat-(m/s 10), telah
diharamkan lelaki bersalam dengan seorang perempuan yg bukan mahram,
Ini kerana dengan bersalam, boleh menbulkan fitnah dan fitnah yg
paling hebat ialah menyentuh kulit perempuan ajnabi, dan segala
perkara yg membawa ke arah fitnah itu adalah dilarang.

Kesimpulan:
Perbezaan pendapat ini telah membawa masalah kepada masyrakat kepada
kita. Mengapakah terdapat perbezaan pendapat ini? Setiap fatwa yg
dikeluarkan oleh sesebuah badan yg berkuasa pasti telah menjalani
satu proses yg terperinci. Maka setiap badan itu menggunakan dalil
dan ijtihad mereka berdasarkan al-quran dan hadis. Persoalannya,
yang manakah harus kita ikuti?
Tidaklah sepatutnya menjadi masalah sekirannya kita berada di Msia
yang mempunyai bilangan penduduk Islam yang ramai. Sepatutnya meeka
mengetahui bahawa bersentuhan secara sengaja antara lelaki dan
perempuan yg halal berkahwin adalah sesuatu yg mesti dielakkan. Maka
sekiranya kita menolak utk bersalam dgn seseorang, seharusnya dia
memahami.

Bagaimana pula sekirannya kita dihulurkan tangan di tengah2 khalayak
ramai, contohnya majlis penyampaian hadiah. Di dlm soal ini,
sekirannya kita telah mengetahui bahawa kita akan menerima hadiah
dan org yg menyampaikan hadiah itu bukan muhrim kita dan dia
menghulurkan tangannya, kita boleh membuat persediaan awal seperti
memakai sarung tangan. Sekirannya kita tidak bersedia(tidak tahu
akan menerima hadiah), maka tidak mengapa utk kita bersalam dgnnya
dengan syarat org lain yg menghulurkan terlebih dahulu. Kerana
sekirannya kita menolak di khalayak ramai, pasti dia akan malu. Dan
telah sepakat ulama mengatakan haram menjatuhkan maruah org lain.
Manakala bab bersalam ini terdapat pendapat yg membolehkannya
seperti disebut diatas.

Walaubagaimanapun, kita semestinya cuba sedaya upaya untuk
mengelakkan diri dr perkara2 seperti ini. Kerana telah berfirman di
dalam al-quran bahwa sesiapa yg berusaha ke jalan yg benar, Allah
pasti akan membantu kita. WA.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment