Peristiwa perdebatan di antara Tuan Syed Ahmad Dahlan Al-Husaini dengan guru Qadiani Ghulam Husin, pada tahun 40-an itu, telah mampu meredakan ribut yang ditimbulkan ajaran Qadiani, terutama di kalangan masyarakat Melayu yang beragama Islam yang tinggal di sekitar Joo Chiat Road, Geylang Serai, Katong dan Telok Kurau. Namun ajaran itu masih wujud sehingga hari ini.
Pada tahun 1950-an, timbullah satu lagi ajaran sesat apabila seorang yang berasal dari Pulau Ambon, Indonesia, mengisytiharkan dirinya sebagai seorang Nabi. Pengisytiharannya sebagai seorang Nabi adalah berlandasan kepada dakwaannya mempunyai salasilah dari keturunan rasul-rasul. Beliau adalah seorang peniaga di Pasar Changi, Geylang.
Pada tahun 1960-an pula, tersebar pula satu lagi ajaran sesat yang dinamakan "Taslim". Kumpulan ini menggelar diri mereka sebagai masyarakan "Ikhwan". Hidup kumpulan ini terpisah dari masyarakat Islam biasa. Guru kumpulan masyarakat "Ikhwan" ini pernah mengaku dirinya sebagai nabi dan rasul. Ajaran kumpulan ini tersebar di kawasan Joo Chiat Road dan mempunyai cawangannya di beberapa kawasan di Singapura.
Dan kemudian, seterusnya telah didapati ada banyak lagi ajaran sesat yang sedan berkembang di beberapa kawasan di Singapura ini, iaitu :- Yang dikenali dengan nama "Ilmu Bungkus" di Kampung Woo Mon Chew Road ( Siglap ), Kampung Tongkang Pecah ( Jalan Kayu ), Kampung Thani ( Bukit timah ), Kampung Telok Kurau dan Kampung Kim ( Bukit Timah ). Ajaran sesat Ilmu Bungkus ini pernah didedahkan oleh Perdaus pada 17hb. September 1965, di kawasan Telok Kurau.
Pada tahun 70-an pula tersebar beberapa ajaran sesat. Antaranya :-
- Ajaran Agama Sarasakh
Ajaran Agama Sarasakh ini tidak diketahui dari mana asal-usulnya, tetapi pernah disebarkan secara rahsia di Singapura. Ajaran Agama Sarasakh ini pernah didedahkan oleh Majlis Ugama Islam Singapura melalui kuthbah Jumaatnya pada 9hb. Mei 1976. - Ajaran Ilham Nur Muhammad
Ajaran Ilham Nur Muhammad ini pernah disebarkan oleh seorang guru ajaran sesat di Kampung Paya, pada tahun 1970-an. Ajaran ini pernah disiasat oleh Majlis Ugama Islam Singapura ( MUIS ). - Ajaran Mandi Korban
Ajaran Mandi Korban ini pernah disebarkan oleh seorang guru secara rahsia di kawasan Jurong. Ajaran Mandi Korban ini pernah didedahkan oleh PERDAUS, dalam satu ceramah yang diadakan di Masjid Al-Muttaqin, Ang Mo Kio pada 25hb. April 1981. - Tarikat Mufarridiyah
Ajaran Tarikat Mufarridiyah ini pernah tersebar luas secara terbuka di beberapa kawasan seperti di Nee Soon, Sembawang dan Kampung Tanjong Irau, sekitar tahun 1972. PERDAUS pernah mendedahkan kesesatan dan penyelewengan ajaran Tarikat Mufarridiyah pada 20hb April 1984 di Masjid Penempatan Melayu, Sembawang.
- Ajaran Tarikat Rimau
- Ajaran Tarikat dan Mengenali diri
- Kumpulan Wirid dalam Selimut
- Ajaran Hakikat Sembahyang
- Tarikatul - Islam
- Ajaran Nikah Batin
- Ajaran Ilmu Kebatinan
- Ajaran Kamilulkamil
- Ajaran Tarikat Kabullani
- Ajaran Kitab Kamarulhuda
- Ajaran Kitab Kasyfulasrar
- Ajaran Tauhid Makrifat
- Ajaran Hakikat Insan
- Ajaran Martabat 7
- Rafidhah / Syi'ah
- Khawarij
- Qadariyyah
- Mu'tazilah
- Jahmiyyah
- Murji-ah
- Jabariyyah
- Musyabbihah
- Falaasifah
- Asy'ariyyah dan Maturidiyyah
- Tashawwuf
- Jama’ah Tabligh
- Ikhwanul Muslimin
- Hizbut Tahrir
- Islam Jama’ah
- Jama’atul Muslimin
- N.I.I.
- Isa Bugis
- Inkarus Sunnah
- Ahmadiyah
- Lembaga Kerasulan
- Bid’ahnya ajaran-ajaran bai’at
- Jama’ah Arqam
- Bid’ahnya ajaran Syahadatain
- Islam Liberal




No comments:
Post a Comment