Wednesday, May 20, 2009

BAI AH DAN TUNTUTAN


jawapan kepada persoalan yang dikemukakan oleh saudara fidodido dalam ruangan komen Satu Fikrah Satu Amal 4 (Siri Akhir). Mungkin artikel tersebut agak lama jadi pihak ulamaummah tidak perasan akan kewujudan soalan tersebut dalam ruangan komen.


Sebagai perkongisan, saya diamanahkan oleh abuFAteh untuk menjawab semua soalan yang diajukan. Sekali lagi atas alasan abuFateh akan exam minggu depan. Harap jelas apa yang dikupas.


Bai'ah Dan Tuntutan, Satu Perkongsian

Apa pun bukanlah bermaksud perkara ini sulit. Ia ilmu gerakan yang seharusnya difahami oleh semua umat Islam.

Secara umum jawapan kepada semua persoalan di atas saya ringkaskan sebagaimana berikut :

Secara umum menyertai jemaah dan berbaiah itu hukumnya wajib. Berdasarkan pendapat yang dikeluarkan mengenai perlantikan Imam Al-Azam (Ketua Ummah. Perlantikan itu terhasil dengan bai’ah, Ahl-Hall Wa Al-Aqd. Oleh kerana perlantikan itu wajib, maka bai’ah juga adalah wajib. Dua kalimah syahadah pula merupakan bai’ah yang pertama bagi umat islam kepada Allah

Dalilnya banyak dalam Al-Quran yang bermaksud :

" Bertolong-tolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan takwa dan jangan kamu bertolong-tolongan dalam perkara dosa dan permusuhan "

" Dan hendaklah kamu berpegang dengan tali Allah (agama Allah) dan janganlah kamu bercerai-berai "

Dalil daripada hadis nabi yang bermaksud :

" Hendaklah kamu sntiasa berada dalam jemaah orang Islam "

Dalil Saidina Umar (Sila rujuk semula):

لا إسلام إلا بالجماعة ولا جماعة إلا بالقيادة ولا قيادة إلا بالطاعة

Pengabaian terhadap konsep bai`ah akan menyebabkan gerakan Harakah Islamiah menjadi lemah. Apabila sesebuah Harakah Islamiah itu lemah ia akan menyebabkan timbulnya pelbagai fitnah samaada dalaman atau luaran. Di samping itu ia akan melahirkan ahli-ahli yang tidak bertanggungjawab, bilangan ahli yang ramai tetapi tidak berkualiti.

Keadaan ini akan menyebabkan perlonggokkan kerja-kerja Islam terhadap individu- individu tertentu, dan jemaah terpaksa memikul beban anggota yang mendatangkan masaalah sehingga tugas dan kerja jemaah terbengkalai. Sila rujuk (Surah Al-Fath:10)

justeru, saya harap agar jawapan ringkas di atas akan menjawab ketiga2 soalan yang dikemukakan. Apa pun, saya ringkaskan untuk memudahkan rujukan saudara kepada berikut :


1. Adakah berdosa tidak menyertai jemaah walaupun kita tahu mengenainya?

Jawapan - Mengintima' diri dengan jemaah adalah wajib. Justeru, tinggal benda wajib adalah berdosa.


2. Bagaimana hukum keluar jemaah setelah berbaiah dan keluar jemaah yg tiada baiah?


Jawapan - Keluar jemaah setelah berbaiah adalah merugikan. Namun begitu perlu difahami dari segi takrif syara’ bai'ah terbahagi kepada 3 perkara :

1. Dilakukan mengikut batas kemampuan

2. Sunnah bagi amir (pimpinan utama umat Islam) meminta bai’ah dari ahlinya.

3. Wajib bagi seseorang muslim yang berbai’ah memenuhi bai’ah tersebut

Justeru keluar daripada jemaah yang benar-benar memenuhi syarat sebuah gerakan Islam adalah tidak harus dan merugikan umat Islam. Ia adalah suatu jenayah terhadap ummah dan berdosa.

Semua jemaah Islam punya bai'ah kerana maksud sebenar bai'ah jika direlatekan dengan jemaah Islam ialah Bai’ah kepada pimpinan untuk amar ma’ruf nahi mungkar bagi kelangsungan Islam berkuasa di bumi Allah.

Semestinya umat Islam dibenarkan memilih untuk mengintima’kan diri dalam sebuah jemaah Islam yang benar-benar syumul dan melengkapi ciri2 sebuah gerakan ummah. Disebabkan jemaah Islam punya matlamat yang jelas untuk kepentingan umum umat Islam, maka ba’ah menjadi satu tuntutan sebagai satu manifestasi ketaatan dan pemusatan teknikal kerja amal Islami.

Jadi, keluar daripada jemaah yang tidak mencukupi syarat gerakan Islam dan tiada bai’ah adalah harus dan memilih untuk bersama gerakan Islam yang sebenar adalah sebaik-baik pilihan.

3. Apakah hukum orang yang tidak menyertai jemaah?

Jawapan - hukumnya ia masih belum menyempurnakan tanggungjawab sebenar sebagai seorang muslim mengikut fiqh harakah.


Rujukan :

Maza ya'ni intimai'e lil islam, Fathi yakan.

Kertas Kerja 'Bai'ah Dan Tuntutannya', Ustaz Yahya Hj Osman.

Kertas Kerja 'Kewajipan berjemaah', Ustaz Ramizu Abdullah.


1 comment:

  1. assalamualaikum..saya ada persoalan sdikit.. boleh kah seorang wanita membaiah ?(utk persatuan ngo)

    ReplyDelete