Wednesday, May 20, 2009

BAI 'AH

BAI’AH

Syarat-syarat sah Bai’ah

1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Redha dan atas pilihan

Bahagian Baiah

1. Baiah In’iqad
Bai’ah In’iqad ialah menjadikan seseorang yang diba’ah itu pemilik kekuasaan, kepadanya diberikan hak ketaatan, contoh teladan dan kepatuhan.

- Baiah In’iqad tidak memerlukan kepada semua umat Islam berbaiah kepada pemimpin yang dibaiah.
- Bai’ah ini dijalankan oleh ahlul Hulli Wal Aqdi
- Tujuan bai’ah ini untuk memilih dan melantik khalifah mentadbir dan menguruskan urusan umat Islam. Dalil yang menunjukkan baiah in’iqad ialah untuk memilih dan melantik khalifah seperti yang berlaku pada perlantikan S. Abu Bakar dengan bai’ah ahlul Halli Wal Aqdi daripada kalangan ahli madinah, begitu juga dengan Umar al-Khattab, Uthman Bin Affan, serta Ali yang melibatkan sebahagian ahli Madinah dan ahli Kufah. Ini menunjukkan tidak perlu baiah daripada seluruh umat Islam dan memadai dengan sekelompok ahli daripada umat Islam. Sekiranya berlaku baiah daripada bakinya, maka ia dikira baiah taah.

2. Bai’ah Ta’ah
Bai’ah Taah ialah pemberian kepada khalifah mengisytiharkan kepada umat agar kepada hak kekuasaannya dalam pentadbiran siasah dan pemberian taat setia dan janji ke atas kakhalifahannya.

- Baiah Taah ialah baI ah selepas baiah in’iqad.
- Ibn Qutaibah menyatakan perbezaan antara baiah in’iqad dengan baiah umum:
Di baiah S. Abu Bakar selepas kewafatan baginda pada hari Isnin di Saqifah Bani Saadah kemudian dibaiah lagi dengan baiah umum pada hari selasa yakni keesokan harinya. Ibnu Ishak meriwayatkan daripada Anas bin Malik: Apabila dibaiahkan S. Abu Bakar di Saqifah, keesokannya Abu Bakar duduk dimimbar maka bangunlah Umar Al-Khattab dan berkata di hadapan Abu Bakar. Lalau dia mengucapkan kesyukuran dan pujian kepada Allah. Kemudian berkata “Sesungguhnya Allah telah menetapkan urusan kamu pada sebaik-baik urusan kamu. Pengiring Rasulullah yang bersama sama di dalam gua ketika berhijrah. Maka bangunlah dan berikanlah baiah kepada Abu Bakar”. Maka umat Islam bangun dan memberi baiah kepada Abu Bakar.

Lafaz Baiah

Lafaz baiah perlu ada 2 perkara
1. Apa yang dikhususkan kepada khalifah negara
Maka lafaznya merangkumi amal-amal daripada Al-Quran dan As-Sunnah yakni maksudnya ia menjadi pemimpin dan ketua hukum syarak Islam.

2. Apa yang dikhususkan kepada umat Islam.
Maka lafaznya iltizam umat Islam dengan ketaatan dan kepatuhan pada semua perkara setakat mana kemampuan mereka.


Cara-cara perlantikan khalifah

1. Bai’ah
2. Istikhlaf ataupun perjanjian
3. Paksaan, kekerasan dan meminta di lantik jadi khalifah
4. Nas Al-Quran dan ini pendapat daripada golongan syiah yang menyatakan S. Ali berhak menjadi khalifah selepas kewafatan baginda.


Rujukan Al-Baiah karangan Dr Mahmud Khalidi Maktabah Risalah Hadisah
Diambil rujuk oleh Fahrul Hakim Ishak

No comments:

Post a Comment