Thursday, May 21, 2009

generasi rakyat

Generasi Rakyat Biasa di Kedah, Waris Kesultanan Melaka dan Empayar Benua Islam Siam, Nagara Kedah.

Generasi Rakyat Biasa di Kedah, Waris Kesultanan Melaka dan Empayar Benua Islam Siam, Nagara Kedah.
Di tengah, Tuanku Nai Long Haji Yassin ibni Sultan Jaafar Mad Azam Syah ketika tua bergambar bersama 2 orang anaknya sebelum berangkat mengerjakan haji ke tanah suci Mekah. Disebelah kanan, berbaju melayu hitam ialah anak sulongnya Tuanku Nai Long Mahmud dan dikiri anak kedua Tuanku Nai Long Abdullah. Tuanku Nai Long Haji Yassin hanya mempunyai 2 orang anak lelaki sahaja, seperti digambar ini.Tuanku Nai Long Mahmud adalah datuk kepada Tuanku Nai Long Kasim. Apabila kembali dari Mekah, Tuanku Nai Long Hj Yassin berkata kepada anak dan cucunya, "Habis dah cik oi, depa bagi orang lain duduk Rumah Legeh, hak tok nenek kita dulu tu", berikutan kematian penjaga rumah Legeh di Tanah Suci Mekah. Pada pendapat anda adakah mereka kelihatan seperti orang Siam? Tidak bukan, mereka jelas orang Melayu. Untuk maklumat pembaca ketiga-tiga beranak ini mahir bertutur dalam Bahasa Siam Kedah.

No comments:

Post a Comment